SEGERA MELALUI FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT.163/2/3 /1Klt.19 (75)
Tarikh : 16 November 2010
Ketua Pengarang,
Kosmo
Tuan,
MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTARIKH 11 NOVEMBER 2010, KHAMIS, M.S. 20 RUANGAN (SMS)
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh DEEN berkenaan “MyKad sepatutnya hanya diberi kepada rakyat negara ini yang boleh berbahasa Melayu bagi menjamin kelangsungan bahasa kebangsaan”.
3. Ingin dijelaskan bahawa MyKad dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78), Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Pindaan 2001. Tiada sebarang catatan “BOLEH BERBAHASA MELAYU” disyaratkan dalam Akta ini.
4. Walaubagaimanapun bagi warga asing yang ingin memohon status kewarganegaraan Malaysia perlu mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai salah satu syarat wajib untuk memohon kewarganegaraan malaysia.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
( JAINISAH BINTI MOHD NOOR )
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tel : 03-8880 7077/019-3588450
Faks : 03-8880 8288
pro@jpn.gov.my
s.k: 1. Y.Bhg. Dato’ KPPN
2. Y.Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y.Brs. Tuan TKPPN (O)


















22 November 2010
Surat Kepada Pengarang