SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami :JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19 ( 76 )
Tarikh : 16 November 2010
Ketua Pengarang
Harian Metro,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTAJUK “GAGAL BUAT MYKAD” 14 NOV 2010, AHAD – M.S: C20, SETEMPAT
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu berkenaan kekeliruan Encik Mohd Rohaizad Duski apabila status kewarganegaraan beliau diragui berikutan ibu bapa kandungnya merupakan rakyat Indonesia dan beliau telah dipelihara oleh pasangan warganegara Malaysia.
3. Beliau mendakwa Sijil Lahir beliau telah didaftarkan dengan meletakkan nama bapa dan ibu kandungnya dan telah memiliki kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Walaubagaimanapun ketika membuat penukaran kad pengenalan lama kepada MyKad, pihak JPN telah membuat pembetulan maklumat pada Sijil Lahir beliau.
4. Untuk makluman, tindakan JPN menarik balik Kad Pengenalan beliau disebabkan hasil semakan dengan rekod Jabatan mendapati terdapat maklumat yang diragui dan tidak teratur dimana didapati nombor kad pengenalan yang dikemukakan bukan kepunyaan bapa beliau sebaliknya milik orang lain.
5. Sehubungan dengan itu, Encik Mohd Rohaizad tidak layak diberikan Kad Pengenalan kerana tiada tuntutan ke atas Kad Pengenalan Malaysia kerana beliau bukan warganegara Malaysia berdasarkan status kewarganegaraan ibu kandung beliau. Untuk makluman, status kewarganegaraan seseorang ditentukan berdasarkan status kewarganegaraan ibu bapa kanak-kanak semasa kelahiran itu berlaku.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tel : 03-8880 7077/019-3588450
Faks : 03-8880 8288
pro@jpn.gov.my
s.k: 1. Y.Bhg. Dato’ KPPN
2. Y.Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y.Brs. Tuan TKPPN (O)


















22 November 2010
Surat Kepada Pengarang