SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami :JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19 ( 74 )
Tarikh : 15 November 2010
Ketua Pengarang
Sinar Harian,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “LIMA BERADIK TIADA SURAT BERANAK” 14 NOV 2010, AHAD – M.S: J9, PASIR GUDANG
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu berkenaan lima beradik tidak memiliki Sijil Kelahiran berikutan kegagalan ibubapanya mengemukakan sijil nikah. Bapa kanak-kanak iaitu Encik Aras Sabdani mendakwa telah berkahwin secara sah dengan isterinya di Lahad Datu, Sabah tetapi tiada sijil nikah kerana berkahwin secara adat.
3. Hasil semakan dengan rekod jabatan mendapati bahawa terdapat percanggahan maklumat antara rekod jabatan dengan maklumat yang dimaklumkan oleh isteri beliau. Sehubungan dengan itu, ianya memerlukan siasatan yang terperinci dalam usaha membantu pengadu menguruskan permohonan daftar lewat kelahiran anaknya.
4. Walaubagaimanapun oleh kerana beliau tidak dapat hadir ke JPN Pasir Gudang disebabkan masalah kesihatan. Maka pihak JPN akan hadir ke kediaman beliau bagi menguruskan permohonan daftar lewat kelahiran tersebut. Hal ehwal berkaitan dengan pendaftaran tersebut akan diuruskan oleh JPN Pasir Gudang. Pengadu akan dimaklumkan tarikh kehadiran pegawai JPN ke rumah beliau dalam waktu yang terdekat.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
( JAINISAH BINTI MOHD NOOR )
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tel : 03-8880 7077/019-3588450
Faks : 03-8880 8288
pro@jpn.gov.my
s.k: 1. Y.Bhg. Dato’ KPPN
2. Y.Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y.Brs. Tuan TKPPN (O)


















22 November 2010
Surat Kepada Pengarang