Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimana proses pelupusan Al-Quran. Kini ianya bukan lagi persoalan kerana pada 23 November 2010 yang lalu aktiviti ini telah dijalankan di Jeti Markas Operasi, Pasukan Gerakan Marin di Pulau Indah, Klang.

Aktiviti yang merupakan anjuran Ibu Pejabat Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran Cawangan Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pasukan Gerakan Marine Pulau Indah Selangor dan Syarikat IRIS Bukit Jalil melibatkan seramai 30 orang petugas.

Bermulanya proses pengambilan abu Al-Quran di Syarikat IRIS dengan jumlah abu sebanyak 3385.6 kg bersamaan 184 guni dan kemudiannya diteruskan dengan pemunggahan abu ke dalam bot polis marin.

Dengan mengambil masa perjalanan hampir 40 minit ke Selat Melaka, aktiviti pelupusan abu Al-Quran diteruskan dengan membuang abu tersebut ke laut.

Selepas selesai aktiviti pelupusan abu Al-Quran tersebut, satu Majlis Penyampaian Cenderahati bagi menghargai semua pegawai pemantau dan urus setia daripada kalangan Ibu Pejabat, Pejabat PQ Cawangan Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pasukan Gerakan Marine Pulau Indah dan Syarikat IRIS Sdn. Bhd yang telah terlibat serta berjaya melaksanakan aktiviti itu.

Penyampaian ini disempurnakan oleh Dato’ Zaitun Abd Samad, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.
–team berita ikdn


















26 November 2010
KDN Sana Sini