web analytics

Perasmian Penutup Program Operasi Khidmat Masyarakat (UTHM) & Perasmian Bangunan Baru S.J.K.(C) Kahang

16 November 2010

KDN Sana Sini

Jelajah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di sekitar Kluang, Johor disambung dengan kunjungan ke pekan Kahang bagi merasmikan penutupan Program Operasi Khidmat Masyarakat anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Setibanya Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di sana, beliau terus berjalan menuju ke kaki lima untuk bersua muka dan menanyakan khabar peniaga-peniaga sekitar pekan tersebut. Sambutan yang sangat meriah oleh penduduk setempat dapat ditunjukkan terhadap kehadiran beliau ke kawasan Kahang ini.

Program seterusnya berganjak ke S.J.K.(C) Kahang bagi upacara perasmian bangunan baru yang dinamakan ‘Blok Gemilang’. Perasmian ini turut disempurnakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan merangkap Ahli Parlimen Sembrong. Pelbagai pertunjukkan pentas telah ditunjukkan oleh anak-anak didik S.J.K.(C) Kahang yang memperlihatkan persembahan bertemakan masyarakat majmuk.

Dikesempatan majlis ini berlangsung, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar Cemerlang UPSR yang terdiri dari beberapa buah sekolah di sekitar kawasan Kahang. Dengan sumbangan ini, ianya diharapkan dapat memberikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus berjuang dan berjaya dalam pencapaian akademik.

Diakhir majlis ini berlangsung, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menyaran kepada semua hadirin untuk berpegang kepada prinsip 1Malaysia. Menyambung kepada tradisi pejuangan arwah ayahanda (Tun Hussein Onn) beliau sebagai Bapa Perpaduan, beliau menegaskan bahawa perpaduan merupakan aset utama dalam kejayaan sesebuah Negara.


“Kekuatan kita di Malaysia ialah kebaikan setiap individu yang sanggup membantu tanpa mengira warna kulit dan agama,” berikut merupakan hujah beliau demi mahukan masyarakat di Kahang dan Malaysia terutamanya bersatu-padu kerana perpaduan itu adalah tiang keharmonian dan kesejahteraan Negara.

-team berita ikdn-