web analytics

Petikan Penting Sidang Akhbar MDN: 9 November 2010

10 November 2010

Teks Ucapan MDN & TMDN

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI
DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
9 NOVEMBER 2010

LAWATAN KE PENEMPATAN MANGSA BANJIR DI SK. HAJI ABDULLAH SAADUN, ALOR JANGGUS, KEDAH

• Hari ini kita dah masuk fasa pembersihan (kesan banjir) dan saya turun untuk memberikan semangat dan ucapan tahniah khususnya kepada pihak PDRM yang saya tahu dari awal lagi dalam mengerakkan warga kita untuk bersungguh-sungguh memastikan semua mendapat pembelaan.
• Begitu juga kepada badan-badan sukarela seperti JPAM dan juga RELA. Di mana saya lihat ramai anak-anak muda kita yang sudah lama berkampung beberapa hari di sini.
• Pagi tadi kita dah membuat keputusan di mana JPAM dan RELA akan tumpuan melakukan kerja-kerja pembersihan di sekolah-sekolah dan rumah ibadat agar anak –anak kita dapat pergi ke sekolah dengan selesa.
• Kesan banjir ini perlu dibersihkan secepat mungkin dan jika dibiarkan berpanjangan kena cari jalan kerana sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemindahan tetapi juga digunakan untuk anak-anak kita belajar.
• Sebab itu saya pantau secara dekat dan saya bangga juga kagum dengan usaha anak-anak kita muda yang sanggup terlibat dalam gerakan badan-badan sukarela ini yang saya rasa agak unik.
• Jadi tidak sia-sia kita daftar JPAM di Switzerland kerana saya mahukan menanda araskan JPAM ini di tahap antarabangsa.
• Dan kalau ini menandakan semangat mereka, semangat 1 Malaysia, dalam keadaan kita berhadapan dengan bencana, ini menunjukkan bahawa ketika rakyat memerlukan bantuan kita, kita boleh menggembleng tenaga dengan tidak melihat kepada warna kulit, agama, fahaman politik sekalipun, anak-anak muda kita ditanam dengan nilai-nilai yang baik supaya gerakan ini mendapat satu makna yang amat dalam sekali.
• Ini juga menunjukkan mereka juga berjuang bersama-sama dengan orang dewasa.
• Dalam menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir ini, apa yang membimbangkan saya adalah sama ada mereka dah pun kembali ke rumah masing-masing.
• Ini perkara biasa yang perlu kita bersiap sedia.
• Yang penting sekali semangat kita untuk kita meneruskan dari awal lagi tidak kira apa sahaja keadaan sekalipun.
• Bila pemimpin turun secara bergilir-gilir itupun untuk memberikan semangat kepada mereka yang bertungkus-lumus beberapa hari ini tak makan dan tak tidur.
• Jadi kalau ada gelombang kedua ini, bagaimana kita nak menyuntik semangat supaya mereka teruskan memberi tanggungjawab dan khidmat yang telah pun mereka berikan selama ini.
• Saya dimaklumkan kemungkinan keadaan (ancaman banjir) ini akan berlaku sehingga Disember.
• Mengikut Ketua Pengarah JPAM dan RELA yang kedua-duanya ada bersama-sama saya hari ini, tidak ada masalah untuk kita gerakkan bila diperlukan.
• Jika gelombang kedua ini dalam masa terdekat, kita dah memang ada di sini. Inilah kelebihan-kelebihan jabatan sukarela kita ini.
• Pengusaha restoran-restoran Malaysia telah tampil kehadapan membawa sumbangan dan saya difahamkan dalam masa beberapa hari sahaja mereka dapat mengumpul wang sebanyak RM 200,000.00 yang diterjemahkan kepada makanan dan keperluan.
• Untuk jangka masa panjang, Tabung Bencana Alam yang dilancarkan Presma ini merupakan satu usaha yang saya rasakan baik khususnya kepada mereka-mereka yang tak sempat untuk bersama-sama dengan kita hari ini.
• Semua sumbangan yang diberikan, kita akan pastikan sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya.
• PDRM sahaja lebih kurang 1000 anggota kita dah gerakkan dari awal dan ada lagi back up mengikut keadaan semasa.
• JPAM juga lebih kurang 400 anggota digunakan dan RELA sebanyak 193 anggota di sekitar sini.
• Gandingan kedua-dua jabatan sukarela ini merupakan gandingan yang baik.
• Kita akan bantu seluruh negara. Jika perlu kita akan gerakkan lagi anggota ini dari negeri-negeri lain.
• Bencana seperti ini tidak memilih jenis kulit dan agama. Jadi kesedaran perlu untuk memikul amanah.

–team berita ikdn