1. PERASMIAN PENUTUP PROGRAM ANAK ANGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) & PERASMIAN BANGUNAN BARU S.J.K(C) KAHANG, JOHOR
• ‘Strength in diversity’ yang membawa maksud kekuatan dalam kepelbagaian merupakan sandaran kepada gagasan 1Malaysia. Ianya merupakan satu pendekatan yang tidak akan datang bergolek. Ia memerlukan kemahuan atau kesungguhan serta keyakinan dalam menjayakan sesuatu dan ianya memerlukan perpaduan.
• Oleh sebab itu, program hari ini kita melibatkan badan-badan kesukarelawanan seperti Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama-sama S.J.K(C) Kahang dalam program gotong-royong dan juga keluarga angkat. Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan.
• Masyarakat di kawasan Parlimen Sembrong menggambarkan komposisi penduduk Malaysia dan jika kita berjaya di peringkat Parlimen ini, bagaimana kita hendak menjayakannya di peringkat nasional? Sebab itu, usaha sebegini mesti terus diusahakan dan gandingan kerjasama oleh semua pihak adalah sangat penting.
2. PENGGUNAAN SISTEM BIOMETRIK UNTUK MENYEKAT PASPORT PALSU
• Kita akan memastikan bahawa sistem yang terbaru ini (Sistem Biometrik) yang secara prinsipnya telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan akan dilaksanakan dalam satu atau dua bulan lagi.
• Sistem ini telah diuji dan terbukti. Kita turut meminta pakar dari United Kingdom dan Australia untuk mengesahkannya. Pengunjung dan warga asing tidak boleh terlepas dengan menggunakan pasport palsu dan sistem ini merupakan satu nilai tambah kepada sistem sedia ada, secara tidak langsung ia bukan sahaja dapat mengetatkan lagi pintu keluar masuk negara malah mendisplinkan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.
• Kerajaan bertindak tegas kepada mana-mana pihak terutama membabitkan isu-isu keselamatan negara walaupun ia melibatkan pegawai kita sendiri.
3. BENCANA BANJIR
• Jika berlakunya kejadian banjir di Pantai Timur selepas ini, pasukan yang sama kita iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) akan diarah untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana.
• Jika banjir tersebut berlaku lebih teruk daripada yang berlaku di Kedah dan Perlis, kita akan meminta sukarelawan daripada institusi pengajian tinggi untuk memberi bantuan bersama-sama JPAM dan RELA tersebut dan membantu mereka tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Dalam keadaan sebegitu, kita boleh bersatu.


















16 November 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN