web analytics

Petikan Penting YB MDN di Majlis Perasmian IPD Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah

25 November 2010

Teks Ucapan MDN & TMDN

PETIKAN PENTING
Y.B DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
DI MAJLIS PERASMIAN IPD POLIS DAERAH KUBANG PASU, KEDAH
24 NOVEMBER 2010

1. Dato’ Seri membuat kenyataan beliau bersetuju dengan pandangan Tan Sri IGP semalam dimana memang penting indeks dan segala yang berada di atas kertas adalah dalam usaha kita nak mengurangkan jenayah, tetapi apa yang lebih penting merupakan perasaan orang di luar sana. Rakyat merasakan diri mereka selamat kerana apa jua indeks jenayah yang kita dapat turunkan di atas kertas kalau sekiranya rakyat sendiri tidak merasakan diri mereka selamat, maka apa yang ditulis di atas kertas itu tidak membawa erti dan makna.

2. Oleh kerana itu, apabila Y.A.B. Perdana Menteri menyentuh berhubungkait dengan pencapaian diutamakan, pencapaiaan itu merupakan pencapaiaan outcome bukan output dan outcome kita untuk bersungguh-sungguh memastikan bahawa bukan saja dalam realitinya indeks itu menurun tetapi jika persepsi atau perasaan rakyat merasakan bahawa mereka tidak lagi selamat. Kita tidak akan berhenti daripada usaha kita untuk memastikan NKRA yang telah diumumkan itu betul-betul berjaya dalam erti kata yang sebenar.

3. Jadi sekaligus saya mengesahkan dan bersetuju dengan Tan Sri IGP dan juga menjawab kenyataan Tan Sri Lee Lam Tai baru-baru ini berhubungkait dengan persepsi dimana memang betul ianya berhubungkait dengan persepsi, memang betul kita mahukan persepsi terhadap bukan sahaja PDRM tetapi keselamatan rakyat itu berubah, tetapi ianya tidak boleh diletakkan dibahu PDRM dan KDN sahaja. Pihak NGO termasuk Tan Sri Lee Lam Tai sendiri boleh memainkan peranan, kerana persepsi ujud dikalangan orang ramai. Orang ramai itulah perlu mengubah persepsinya dan cara nak mengubahnya bergantung kepada pengembelengan semua pihak. Omnipresence; kehadiran polis cara kita nak pastikan bahawa teknologi digunakan untuk mengurangkan jenayah tetapi dari segi nak memberi penerangan, pendedahan nak meletakkan tanggunjawab diatas bahu masyarakat seperti Tuanku titah tadi merupakan tanggungkawab kita bersama.

4. Saya cukup yakin dikawasan-kawasan panas diberi tumpuan NKRA memastikan bahawa kadar jenayah jalanan dan kadar jenayah keseluruhannya menurun. Kita pergi ke kawasan-kawasan itu maka rakyat akan mengatakan banyak perubahan dengan balai bergerak dan sebagainya. Tetapi persepsi kadang-kadang boleh diwujudkan dengan satu kes sensasi seperti kes jenayah kejam, satu perkara yang diwarwarkan di dalam media jadi cara nak menanganinya ialah pertamanya berikan pendedahan kepada rakyat, keduanya untuk kita mendekati NGO-NGO dan minta mereka bersama-sama pihak PDRM.

5. Hari ini saya terharu kerana Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah sendiri dalam titahnya tadi begitu menyentuh hati saya apabila Tuanku sendiri menghargai pengorbanan warga PDRM yang terpaksa bekerja 24jam, pengorbanan keluarga mereka dan bila saya lihat perumahan di IPD baru merupakan benchmark untuk perumahan-perumhan lain dan saya tengok begitu selesa dan semangat pun bila duduk dalam keadaan yang selesa ni, kebajikan diambil kira maka prestasi kerja pun saya lihat lebih bagus.

6. Dibawah RMK10 secara beringkat, kita nak pastikan bahawa kebajikan warga KDN, tak kiralah Polis, Imigresen, Penjara semua itu akan diberi keutamaan.

7. Kita berhadapan dengan teknologi dunia tanpa sempadan begitu canggih, sekali lagi titah Tuanku tadi dimana mengingatkan PDRM perlu memperbaiki dan mengikuti perkembangan mengikut peredaran zaman. Jenayah dan penjenayah yang lebih canggih perlu ditangani oleh pihak PDRM yang juga perlu diperlengkapkan buakn sahaja dengan ilmu tetapi dengan teknologi. Ini sedang kita lakukan.

8. Saya percaya ia bukan saja serius untuk negara kita, tetapi seluruh dunia. Itulah penekanan semua agensi-agensi keselamatan samada suka atau tidak suka kita terpaksa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain diluar sana.

9. Jangan ambil mudah. Jika tidak menekankan usaha, mereka yang boleh bergerak dengan sekelip mata berjuta-juta billion ringgit ianya menuggu sahaja apabila kita cuai atau tidak prihatin tidak menekankan betapa seriusnya usaha kita ini. Kita tidak akan toleh kebelakang lagi.

10. Saya nak letakkan PDRM setaraf dan sebaris dengan polis-polis di luar sana dan saya rasa tidak ada sebab kita tidak dapat laksanakan. Cuma sokongan daripada kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, NGO dan daripada rakyat biasa untuk membantu. Untuk itu, saya percaya jika digembelengkan matlamat keselamatan dan keamanan kita bersama. Saya percaya kita akan lihat satu anjakan perubahan dan transformasi yang cukup luar biasa, InsyaAllah.

11. Dalam cabinet baru-baru ini, kita sudah memohon rukun tetangga dan badan-badan sukarelawan kita digerakkan seperti semua telah maklum bukan semuanya dibawah KDN. Rakan COP yang keahliannya ratusan ribu kita mahu perhebatkan lagi. RELA yang telahpun dimasukkan dalam gerakan NKRA , kita akan tambah nilai dan memastikan hala tujunya. JPAM juga memainkan peranan yang begitu berkesan sekali sewaktu banjir di Kedah, semua itu boleh digerakkan dalam satu gelombang kesedaran bahawa perkara dan agenda keselamatan, keharmonian, keamanan, toleransi dan juga hidup dalam masyarakat yang majmuk ini merupakan tanggungjawab kita bersama.

—team berita iKDN