web analytics

4 Orang Ditangkap Dalam OPS Serkap

17 December 2010

KDN Sana Sini

OPS Serkap yang dilakukan pada jap 4.45 petang semalam di Taman Desa, Kuala Lumpur telah membuahkan hasil yang besar bagi Jabatan Imigresen Malaysia apabila dapat menangkap 4 orang dalang yang telah lebih kurang setahun menjalani sindiket membuat, memalsu dan meminda dokumen untuk digunakan sebagai visa, pas dan permit.

Tiga diantara empat orang tersebut adalah berwarganegara Bangladesh dah seorang lagi merupakan penduduk tempatan iaitu pemilik kepada premis sindiket ini dijalankan. Sebanyak 15 unit cop keselamatan, 817 keping pelekat keselamatan Imigresen, 43 unit i-KAD, 30 unit passport yang disyaki palsu dan sebuah peralatan computer terdiri daripada 1 unit monitor, 1 unit CPU, 1 unit papan kekunci dan 1 unit tetikus.

30 unit passport tersebut adalah terdiri daripada 17 unit passport Bangladesh, 2 unit passport Pakistan, 10 unit passport Indonesia, dan 1 unit passport China.

Jumlah tangkapan yang menjangkau sehingga ribuan ringgit Malaysia itu merupakan operasi terbesar yang telah dijalankan oleh JIM. “Ini merupakan tangkapan yang terbesar dilakukan dalam tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pengarah Imigresen semasa sidang media dijalankan.

—team berita ikdn