KEMENTERIAN DALAM NEGERI
MINISTRY OF HOME AFFAIRS
BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM
DAN PENGUATKUASAAN
ARAS 2, BLOK D2, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62546 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Faks : 03-88891685
Web: www.moha.gov.my
Ruj kami : KDN BKF 03/709/17 ( 47 )
Tarikh : 3 Disember 2010
Dato’/Datin/Puan/Tuan,
IKLAN PENGISIAN JAWATAN SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF), KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses pengambilan Ahli Lembaga Penapis Filem (LPF) yang baru.
3. Untuk makluman Dato’/Datin/Tuan/Puan, pengambilan LPF kali ini adalah lebih menekankan kepada ahli yang berkebolehan dari segi bahasa arab, pengetahuan agama Islam yang mendalam dan mempunyai latarbelakang akademik khusus dalam bidang agama Islam.
4. Sehubungan dengan itu, antara syarat-syarat kelayakan bagi mengisi jawatan sebagai Ahli Lembaga Penapis Filem (LPF) adalah seperti berikut:
4.1 Warganegara Malaysia
4.2 Berumur 25 hingga 65 tahun
4.3 Berkelayakan sekurang-kurangnya peringkat Diploma atau kelayakan
yang setaraf dengannya.
4.4 Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
4.5 Berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu seperti
pentadbiran,Pengurusan, perguruan,keagamaan,
penguatkuasaan, ketenteraan, penyiaran dan lain-lain bidang
yang bersesuaian.
4.6 Mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa
4.7 Berkebolehan menulis laporan dalam bahasa Melayu dengan baik.
4.8 Mempunyai pengetahuan berkaitan industri perfileman dan hiburan.
4.9 Mempunyai sikap dan kecenderungan yang sesuai dengan tugas jawatan, minda terbuka dan berkebolehan menganalisis dengan baik.
5. Dimaklumkan, taraf penjawatan LPF adalah secara lantikan kontrak bagi tempoh setahun. Borang permohonan sebagai Ahli LPF boleh dimuat turun di website KDN, www.moha.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terkini berukuran pasport dan permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Setiausaha,
Kementerian Dalam Negeri,
Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan,
Aras 2, Blok D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
TANASENGRAN SINNATHAMBI
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri


















4 December 2010
KDN Sana Sini