web analytics

Majlis Penyerahan Bot Fast Interceptor Strike Polis Diraja Malaysia (PDRM)

1 December 2010

KDN Sana Sini

PUTRAJAYA, 1 Disember 2010: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima suntikan baru di dalam operasi marin yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang apabila Majlis Penyerahan Bot Fast Interceptor Strike PDRM telah berjaya disempurnakan hari ini.

Penyerahan fasa pertama ini, melibatkan dua unit bot yang akan digunakan oleh Pasukan Gerakan Marin. Diantara spesifikasi utama yang dilihat mampu memantapkan kelangsungan operasi dan risikan ialah penggunaan enjin 3 unit OBM Suzuki dengan kemampuan 300 kuasa kuda. Enjin ini merupakan yang terbaik untuk bot jenis kelas pemintas dan mempunyai tahap bunyi yang amat rendah serta menjimatkan dari segi penggunaan minyak. Selain itu, perwarnaan bot pemintas ini juga telah dinaiktaraf menggunakan teknologi ‘Moulded Camouflage’ yang memberikan kesan penyamaran yang lebih effektif.

Upacara menandatangani dokumen penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Cerana Tekniq Sendirian Berhad, Leftenan Kolonel Bersara Md. Suhaimi Bin Md. Zin kepada Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSUP) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Haji Md. Nor Bin Hashim, dan diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Dato’ Zubaidah Binti Md. Ismail.

—team berita iKDN