SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami: JPN.PT:163/2/3/1 Klt. 20 ( 5 )
Ruj. Tuan : Tarikh : 30 November 2010
Ketua Pengarang
Harian Metro
Tuan / Puan,
MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO RUANGAN BERTARIKH 29 NOVEMBER 2010, ISNIN, M.S. 21A – IM LAPOR
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh MELAYUJOHOR [IMA77750] berkenaan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing.
3. Untuk makluman pihak JPN hanya menerima dan memproses permohonan kewarganegaraan daripada mereka yang memenuhi syarat-syarat dan keperluan berdasarkan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Malaysia hanya akan memberikan penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang benar-benar layak dan ianya merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)

















7 December 2010
Surat Kepada Pengarang