SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.20( 10 )
Tarikh : 10 Disember 2010
Ketua Pengarang
Sinar Harian,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN RUANGAN INTERAKTIF BERTARIKH 4 DISEMBER 2010, SABTU – M.S. PK21
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) mengucapkan terima kasih kepada pengadu NELAYANTUBA di atas kerjasama beliau memberikan maklumat bagi mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan JPN kepada orang ramai. JPN berasa kesal di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengadu semasa berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara, Cawangan Sungai Siput, Perak.
3. Perkara ini dipandang serius oleh pihak Jabatan dan ingin dimaklumkan bahawa adalah tidak menjadi amalan kepada Jabatan ini untuk tidak memberikan layanan mesra kepada semua pelanggan Jabatan ini. Semua pegawai dan kakitangan di JPN terbabit telah diberikan teguran serta diarahkan agar sentiasa mematuhi peraturan kerja termasuk hal berkaitan layanan kepada pelanggan dan mengamalkan budaya merujuk kepada pihak atasan sekiranya sesuatu perkara berlaku di luar kawalan mereka.
4. Jabatan ini akan sentiasa memantau semua pegawai dan kakitangan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
: 03-88807077
: 03-88808288
: pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)

















7 December 2010
Surat Kepada Pengarang