web analytics

Petikan Penting Sidang Akhbar MDN : 1 Disember 2010

1 December 2010

Kenyataan Media/Akhbar

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI
DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
1 DISEMBER 2010

GARIS PANDUAN UNTUK MENITI ARUS PERUBAHAN PADA TAHUN HADAPAN
• Dalam usaha memastikan untuk meniti arus perubahan tahun depan, beberapa garis panduan telah ditetapkan dan perkara yang paling penting adalah memastikan bahawa Jabatan Imigresin dan warga kita yang dianggarkan 11,000 orang dapat diletakkan sebaris dengan agensi dan juga mereka yang merupakan institusi kita warisi sebelum merdeka dalam konteks pembinaan bangsa untuk masa hadapan dan juga dalam konteks berhadapan dengan ancaman-ancaman baru dunia pada hari ini.

• Sebab itu, saya menganggarkan agensi dan imigresen kita merupakan institusi yang paling penting di dalam KDN.

• Mereka merupakan barisan hadapan dan mereka juga terpaksa berdepan dengan ancaman-ancaman baru dalam dunia globalisasi.

• Perbincangan saya secara dua hala dengan negara-negara jiran sama ada Arab Saudi, United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat dan terbaru dengan negara China yang menyentuh kepada jenayah yang merentasi sempadan iaitu pemerdagangan manusia, penyeludupan orang, penyeludupan dadah, penyeludupan wang, isu-isu yang berkaitan dengan jenayah siber serta isu-isu yang berkait dengan keganasan.

• Jabatan Imigresen merupakan barisan hadapan yang memikul amanah dengan bersungguh-sungguh.

• Agenda negara untuk menunaikan dan merealisasikan KPI yang bersandarkan kepada gagasan rakyat dan pencapaian, saya bangga dengan pencapaian KPI yang telah diumumkan sebelum ini telah pun direalisasikan dan telah pun menjadi satu kenyataan tetapi kita tidak akan berhenti di sini.

• Nilai tambah kepada KPI yang telah dilaksanakan itu sedang berjalan dengan rancak. Usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terutama di kawasan pendalaman perlu diperhebatkan.

• Pengunaan peralatan-peralatan canggih dalam menguruskan dokumen pengenalan diri dan perjalanan diperketatkan agar tidak dipalsukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

PENGURANGAN KADAR KOMPAUN DAN SAMAN OLEH PDRM
• Mesej tegas yang disampaikan adalah tetap sama iaitu yang salah tetap salah tetapi setelah mendapat pendapat dan rintihan daripada orang ramai terhadap notis kompaun dan saman yang diberikan tidak sampai ke tangan pengguna, kes-kes tertentu yang melibatkan isu-isu pemanduan serta sesetengah saman adalah terlalu lama.

• .Notis ini juga bagi mengenalpasti jumlah sebenar pesalah jalan raya.Perlaksanaan pengurangan kadar ini dijalankan selepas beberapa penyelidikan dan ianya tidak berkaitan dengan politik.