web analytics

Tahniah KSU KDN diatas Penganugerahan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak

16 December 2010

KDN Sana Sini

Menjunjung perintah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak bersempena Perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-89, dengan penuh rasa hormat dan takzimnya telah berkenan untuk menyempurnakan penyampaian Darjah-Darjah dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sarawak di Istiadat yang telah diadakan pada 14 Disember 2010 bertempat di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Dato’ Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha KDN telah dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak dengan gelaran “Panglima Negara Bintang Sarawak” (P.N.B.S.). Tahniah diatas penganugerahan tersebut.

—team berita ikdn