Kementerian Dalam Negeri telah menerima kunjungan daripada delegasi negara Vietnam pada 28 Disember 2010. Lawatan yang dihadiri seramai tujuh orang kesemuanya yang diketuai oleh Pol Colonel Le Van Chuong, Deputy Administrator Ministry of Public Security Vietnam dan disambut baik oleh Setiausaha Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, En. Muhd Khair Razman Mohamed Anuar.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang berlaku terhadap kedua-dua negara. Selain itu, Delegasi Vietnam turut menyatakan yang mereka ingin mendapat informasi serta memahami tentang masalah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia serta polisi dan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini.
Perbincangan diantara Malaysia dan Vietnam ini diteruskan dengan taklimat ringkas yang diberikan oleh En. Muhd Khair Razman Mohamed Anuar. Diantara intipati taklimat ini adalah mengenai pelan tindakan nasional 2010-2015.
Delegasi Vietnam turut menyatakan bahawa Malaysia adalah negara ketiga selepas Korea Selatan dan Hong Kong dimana ketiga-tiga negara ini terdapat populasi warga Vietnam yang ramai.
Diakhir pertemuan, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dimana ianya adalah suatu kerjasama yang baik diantara kedua-dua negara.
Vietnam Dignitaries Visit Ministry of Home Affairs (KDN)
On the 18th of December, 2010, the Ministry of Home Affairs received a courtesy call from a group of dignitaries from Vietnam. The group of seven were led by Pol Colonel Le Van Chuong, the Deputy of Administrator Ministry of Public Security Vietnam.
The objective of the visit was to discuss the issues concerning Human Trafficking and the Smuggling of Migrants specifically in the context of both countries. The Delegation from Vietnam expressed an interest in the policies and enforcement actions taken by the Malaysian Government on these issues.
Malaysia is the Delegation’s third stop on their tour of visits to other countries with high population of Vietnamese nationals. They have visited South Korea and Hong Kong prior to coming to Malaysia.
The courtesy call concluded with both parties agreeing to work together on the Human Trafficking and the Smuggling of Migrants issues.
–Team berita ikdn


















18 January 2011
KDN Sana Sini