web analytics

KDN BERJAYA!

26 January 2011

KDN Sana Sini

Kejayaan KDN dalam mencapai sepenuhnya tiga KPI bagi tahun 2009 dengan menyelesaikan sebanyak 32, 927 permohonan tertunggak kewarganegaraan dari tahun 1997 hingga 2006.


Untuk permohonan daftar lewat kelahiran dari tahun 2005 hingga 2009 ialah sebanyak 109, 044 manakala untuk permohonan dan kes rayuan permit masuk ialah sebanyak 16, 812 dari tahun 2001 hingga 2008.

Selain itu, KDN telah berjaya menyelesaikan jumlah keseluruhan yang amat besar bagi ketiga-tiga permohonan ini iaitu sebanyak 158,783 dalam tempoh setahun. Lebih membanggakan lagi, penyelesaian bagi permohonan warganegara dan permit masuk telah dicapai dua bulan lebih awal dari tarikh sasaran iaitu 31 Disember 2009.


Sehubungan dengan pencapaian itu, satu penghargaan telah diberikan kepada 587 orang kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya dari bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, bahagian Imigresen Malaysia, JIM, dan JPN seluruh negeri. Majlis yang dihadiri oleh YB. MDN itu telah diadakan di PICC, Putrajaya.

Sejajar dengan hasrat yang digariskan dalam gagasan 1Malaysia oleh Y.AB. Perdana Menteri, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, KDN akan terus bergerak dalam usaha untuk meneruskan dan memberi nilai tambah kepada KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2009. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia mendapat perkhidmatan yang terbaik dari KDN.

-team berita ikdn