Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Mahmood Adam telah berdialog bersama Perunding-Perunding syarikat bagi permohonan Pegawai Dagang pada 24 januari 2011 bertempat di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri Kompleks D Putrajaya.
Antara tujuan majlis dialog ini dianjurkan adalah untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Perunding-Perunding syarikat permohonan Pegawai Dagang. Selain itu, sesi dialog ini dapat memberi peluang kepada peserta yang hadir untuk memberikan pandangan mereka dalam membentuk garis panduan yang baru mengikuti perkembangan semasa.
Majlis yang berlangsung selama sejam ini berakhir dengan ucapan ribuan terima kasih oleh Ketua Setiausaha KDN kepada peserta yang hadir. Segala pendapat dan masalah yang telah diluahkan oleh peserta-peserta akan dibincangkan semula dalam masa dua minggu.
Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Dato’ Raja Azahar Raja Abdul Manap, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Ahmad dan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, En. Wahab Mohd Yasin.
–team berita ikdn


















25 January 2011
KDN Sana Sini