web analytics

Majlis Ucapan Tahniah dan Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia

26 January 2011

KDN Sana Sini

Hari ini kita meraikan pelbagai bangsa yang sudahpun diterima, diakui dan disahkan sebagai ‘warganegara Malaysia’ yang baru. Ini sekaligus membawa makna mereka adalah kalangan rakyat Malaysia yang layak dan wajar diberikan hak sejajar dengan apa yang termaktub dan terpelihara di dalam Perlembagaan Negara.

Demikian kata-kata Dato’ Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya semasa Majlis Ucapan Tahniah dan Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di Dewan Serbaguna Bukit Gatom, Labis semalam.

Seramai 33 daripada 44 orang penerima hadir ke majlis tersebut yang melibatkan penduduk di kawasan Johor khususnya.

“Saya terpaksa menunggu lebih lima tahun sebelum layak diberikan kewarganegaraan. Pemberian sijil ini amat bermakna dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia”, kata Mohd Syukri Mohd Tarmizi, 13, yang merupakan penerima paling muda.

Pada tahun 2009, KDN telah berjaya menyelesaikan sebanyak 32,927 permohonan warganegara yang tertunggak dari tahun 1997 sehingga 2006. Key Performance Indicator (KPI) ini telah menjadi “benchmark” kepada Kementerian yang menunjukkan kemampuan dan komitmen warga kerja KDN di dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

-team berita ikdn