Mesyuarat Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat KDN 2011 telah diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri Kompleks D Putrajaya pada 28 April 2011. Mesyuarat yang disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Induk KDN, Datin Sri Nabihah Hj Hassan telah dihadiri oleh semua ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat KDN.
Antara agenda pada mensyuarat kali kedua ini adalah untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi tahun 2011. Selain itu, di dalam mesyuarat ini turut membincangkan mengenai laporan aktiviti tahun 2010.
Mesyuarat ini diakhiri dengan ucapan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat KDN dan penyampaian sijil penghargaan kepada AJK sesi 2009-2010.
–team berita ikdn


















28 January 2011
KDN Sana Sini