Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara dengan kerjasama Cawangan Kebajikan PDRM telah menganjurkan Majlis Penyerahan Cek Kebajikan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) yang telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Selangor pada 11 Februari 2011. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa seterusya dengan ucapan dari Timbalan Polis Daerah Klang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Tuan Chong Kok Sin, diiringi oleh Puan Norazila Binti Mat Lazim selaku Pengurus Jabatan Amanah Raya telah menyampaikan cek TAPPN ini kepada seramai 16 penerima yang terdiri daripada balu anggota dan keluarga PDRM. Beliau berharap dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban serta mengurus segala perbelanjaan keluarga dan anak-anak .

Majlis yang turut dihadiri oleh Y.B Encik Rosli Bin Khairuddin iaitu Sekteriat TAPPN Kementerian Pertahanan Mindef , ASP Azman Bin Abdul Rahmat selaku Hal Ehwal Bekas Polis Penjara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan YDH ASP Napri Bin Syahlan Wakil Pengarah Pengurusan Bukit Aman ini berakhir dengan nyanyian Polis Sedia Berkhidmat dan jamuan makan tengari dengan semua penerima .




















18 February 2011
KDN Sana Sini