Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Lee Chee Leong telah meluangkan masa untuk menyerahkan cek bantuan sebanyak RM61,725 kepada balu dan waris daripada 34 anggota PDRM di Perak yang kehilangan nyawa atau cedera semasa menjalankan tugas pada tahun lalu.

“Kerajaan sedang giat membincang dan menyiapkan kertas kerja untuk meningkatkan kadar bantuan kepada balu dan waris anggota PDRM yang telah meninggal dunia semasa menjalankan tugas aktif mencegah jenayah melalui Tabung Amanah Perwira Dan Pertahanan Negara (TAPPN)”, kata Dato’ Lee Chee Leong sempena Majlis Penyerahan Cek tersebut di Mes Pegawai Kanan PDRM, Perak.

“Kerajaan melihat kadar bantuan masa kini tidak lagi relevan dan tidak mampu menampung kos perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Tabung tersebut ditubuhkan pada 5 Oktober 1984 untuk membantu anggota keselamatan dan keluarga mereka selepas anggota berkenaan cedera atau meninggal dunia ketika menjalankan tugas aktif.

Bantuan ini merangkumi bantuan pendidikan dan peralatan perubatan dengan dana yang dikendalikan oleh Amanah Raya Bhd.

Dana tersebut juga meliputi orang awam yang telah menabur bakti kepada masyarakat dan ini menunjukkan cara kerajaan membalas jasa perwira di kalangan masyarakat awam.
-team berita ikdn-


















9 February 2011
KDN Sana Sini