web analytics

Majlis Ucapan Tahniah dan Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia

9 February 2011

KDN Sana Sini

Bertempat di Dewan Balora Perdana, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, seramai 99 orang penerima telah diberi ucapan tahniah dan taraf kewarganegaraan oleh Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Mengikut statistik, pada tahun 2009, KDN telah berjaya menyelesaikan sebanyak 32,927 permohonan warganegara yang tertunggak dari tahun 1997 sehingga 2006. Begitu juga pada tahun 2010, sebanyak 29,667 permohonan warganegara yang diterima dari tahun 2007 sehingga 2009 juga telah berjaya diselesaikan oleh KDN.

Majlis yang turut dihadiri oleh Dato’ Raja Azahar Bin Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri dan Dato’ Alwi Bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, kesemua sijil taraf kewarganegaraan yang dianugerahkan pada majlis ini adalah kepada semua pemohon dari negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

“Di dalam kita meraikan anugerah yang telah diberikan ini serta segala prospek yang mungkin diperolehi kemudian, ingin saya ingatkan bahawa anugerah ini datangnya dengan tanggungjawab yang amat besar kepada semua penerima kewarganegaraan Malaysia.” Demikian kata-kata Dato’ Lee Chee Leong dalam ucapan beliau semoga penerima tetap taat setia kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dan menyemarakkan semangat cintakan Negara.

-team berita ikdn-

MAJLIS UCAPAN TAHNIAH DAN PENGANUGERAHAN TARAF KEWARGANEGARAAN MALAYSIA