web analytics

Misi Operasi Piramid

9 February 2011

KDN Sana Sini

Tugas sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia memerlukan penjawatnya mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Ia telah dibuktikan melalui penyertaaan mereka di dalam Operasi Piramid. Misi bantuan ini telah diketuai oleh PPI Puan Saleha, PPI Puan Supiani Sibin, PI Encik Zulkarnaen Bin Hashim dan PI Encik Muhamad Faris bin Ibrahim. Mereka yang berada di sana untuk membantu pemindahan pelajar Malaysia di Kaherah dan Iskandariah bermula daripada 3 Februari 2010 sehingga 6 Februari 2011.

Pengalaman mereka telah dikongsi bersama dengan beberapa media tempatan diantaranya ialah terpaksa bekerja dengan menggunakan sumber yang terhad didalam suasana yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, tiada kejadian yang teruk berlaku sehingga menggangu operasi ini selain daripada terpaksa melalui pelbagai sekatan jalan raya dan perarakan tunjuk perasaan.

–team berita ikdn

, , , , , , ,