Satu majlis sederhana tetapi meriah telah diadakan pada 23 Februari, bertempat di Bilik Sidang Media, Kementerian Dalam Negeri sempena Penyerahan Projek bagi tiga projek iaitu:
1) Membina Dan Menyiapkan Bangunan Baru Tempat Jumpa Penjara Simpang Renggam, Johor
2) Pembinaan Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, Mukim Dengkil, Selangor; dan
3) Pemasangan Pagar Keselamatan Berserta Sistem Keselamatan Di Depot-Depot Imigresen Seluruh Negara.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen dan seterusnya penyerahan projek pertama iaitu Membina dan Menyiapkan Bangunan Baru Tempat Jumpa Penjara Simpang Renggam, Johor yang bernilai RM 1,806,453.80. Satu sesi penyerahan dokumen yang telah ditandatangani oleh Tn. Hj. A. Halim bin Mohamed untuk menyerahkan dokumen yang telah ditandatanganinya kepada Y.Bhg. Dato Sri KSU dan kemudiannya penyerahan dokumen daripada Y.Bhg.Dato’ Sri KSU kepada Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Penjara Malaysia selaku pihak pengguna.
Majlis diteruskan dengan penyerahan projek yang kedua iaitu Pembinaan Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, Mukim Dengkil, Selangor bernilai RM 52,474,000.00. Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan dokumen yang telah ditandatangani oleh Y.Dihormati Ir. Hjh. Shamsinar binti Samad selaku pihak pelaksana untuk menyerahkan dokumen yang telah ditandatangan kepada Y.Bhg. Dato Sri KSU selaku pemilik dan kemudiannya penyerahan dokumen daripada Y.Bhg. Dato’ Sri KSU kepada Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah AADK selaku pihak pengguna.
Wakil dari Syarikat Seri Delima Anggun telah menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam majlis tersebut.
Majlis diteruskan lagi bagi projek ketiga dimana terdapat 2 syarikat yang melaksanakan projek ini. Penyerahan dokumen yang telah ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohd. Safiain bin Hj. Wan Hassan selaku pihak pelaksana untuk menyerahkan dokumen yang telah ditandatangani kepada Y.Bhg. Dato Sri KSU dan kemudiannya penyerahan dokumen daripada Y.Bhg.Dato’ Sri KSU kepada Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan Depot selaku pihak pengguna.
Seterusnya, Encik Azlan Asidin yang mewakili Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sapura telah menandatangani dokumen penyerahan dan seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan bagi projek Pemasangan Pagar Keselamatan Beserta Sistem Keselamatan Di Depot-Depot Imigresen Seluruh Negara.
Majlis diteruskan dengan penyerahan dokumen yang telah ditandatangani oleh Encik Azlan Asidin untuk menyerahkan dokumen yang telah ditandatangani kepada Y.Bhg. Dato Sri KSU selaku pemilik dan kemudiannya penyerahan dokumen daripada Y.Bhg. Dato’ Sri KSU kepada Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan Depot selaku pihak pengguna.
Turut hadir, Dato’ Raja Azhar bin Raja Abdul Manap,TKSU(N) dan Dato’ Md Nor Bin Hashim, TKSU (P), memeriahkan majlis penyerahan ini.
–team berita ikdn


















1 March 2011
KDN Sana Sini