web analytics

KENYATAAN MEDIA MDN: Hubungan Kerjasama Dua Hala Antara Malaysia-Australia

7 March 2011

Kenyataan Media/Akhbar

Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri

HUBUNGAN KERJASAMA DUA HALA ANTARA MALAYSIA-AUSTRALIA

Putrajaya, 2 Mac 2011

Hubungan diplomatik dan dagang antara Australia dan Malaysia telah diperkukuhkan dengan penubuhan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dan juga penubuhan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Kerjasama ini telah berjalan dengan baik dan ia turut melibatkan usahasama dalam menangani dan membanteras keganasan antarabangsa serta militan. Kerjasama berkenaan telah terbukti berkesan dan berjaya dilaksanakan dengan baik sejak bertahun lama.

Antara pihak yang terlibat dan mewujudkan kerjasama yang baik dengan Malaysia adalah :-
1. Australia Federal Police (AFP)
2. Australia Secret Intelligence Services (ASIS)
3. Australia Security Intelligence Organisation (ASIO)

Kerjasama ini melibatkan hubungan yang luas dengan perkongsian maklumat, kepakaran-kepakaran khusus, kerjasama teknikal, operasi, latihan dan peralatan. Kerjasama yang rapat ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam konteks keselamatan bukan sahaja antara kedua-dua negera malah turut membantu mengawal keselamatan serantau.

Antara kejayaan yang telah kita capai hasil kerjasama erat antara kedua negara adalah mengenai penangkapan seorang rakyat Iraq Sayed Omeid yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan manusia tidak berapa lama dahulu. Dia kini telah didakwa di bawah Akta Imigresen dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan sementara menunggu proses ekstradisi ke Australia.

Kita akan memperkasakan kerjasama dalam penyeludupan manusia, menangani isu keganasan demi menjaga kepentingan serantau.

=TAMAT=