web analytics

Kunjungan Hormat HRH Prince Bandar bin Sultan bin Abdul Aziz Al Saud, Secretary General of National Security Council of the Kingdom of Saudi Arabia

22 March 2011

KDN Sana Sini

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Hishammudin Tun Hussein telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Arab Saudi, HRH Putera Bandar Bin Sultan Bin Abdul Aziz Al Saud bertempat di Bukit Aman pada 21 Mac 2011 lalu.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara dengan menjalinkan kerjasama dalam bentuk risikan terhadap penjenayah-penjenayah dalam negara mahupun luar negara bagi menjaga keselamatan negara dan seluruh rantau asia ini.

Menurut beliau, fenomena keganasan yang berlaku di negara-negara luar pada ketika ini turut memberi iktibar kepada kerajaan Malaysia untuk memperkuatkan lagi keselamatan di dalam dan luar negara Malaysia. justeru itu, satu perjanjian telah dimeterai dengan kerajaan Arab Saudi bagi menangani isu pengganas dan jenayah antarabangsa seperti penyeludupan dadah, senjata, orang dan penyeludupan wang yang bergerak dengan pantas dan meluas pada masa ini.

“Melalui kerjasama yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi ini juga, usaha kerajaan untuk menjaga keselamatan negara dan membanteras jenayah yang berlaku di dalam negara serta rantau asia ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi:, kata Dato’ Hishammudin Tun Hussein.

Kunjungan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi.

–team berita ikdn