web analytics

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA

28 March 2011

KDN Sana Sini



IOI Mall Puchong telah menjadi lokasi pertama didalam sejarah penganjuran Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA. Pusat membeli belah ini telah menjadi lokasi bukan sahaja untuk majlis pemakaian tetapi juga Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri. Datuk Seri Mahmood Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri juga menyatakan ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah kerajaan untuk berdampingan dengan lebih dekat selaras dengan hasrat kerajaan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Turut hadir ialah Dato’ Loo Yeng Peng Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri dan Dato’ Satim Diman, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan