web analytics

MAKLUM BALAS RELA TERHADAP SMS DI RUANGAN IM LAPOR DI AKHBAR HARIAN METRO BERTARIKH 29 MAC 2011.

31 March 2011

Surat Kepada Pengarang

Dengan faks Rujukan Kami : RELA 99 / 531 / 1 Klt. 19 ( 37 )

Tarikh : 29 Mac 2011

Pengarang Kumpulan
Harian Metro
31, Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR.
( u.p. im Lapor )

Tuan,

MAKLUM BALAS RELA TERHADAP SMS DI RUANGAN IM LAPOR DI AKHBAR HARIAN METRO BERTARIKH 29 MAC 2011.

Sukacita dimaklumkan merujuk mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS ) oleh JIWA LARA 76 ( IM 862668 ) di muka surat 21A adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu RELA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penulis di atas teguran serta komen ke arah penambahbaikan kaedah dan pelaksanaan tugas RELA pada masa-masa akan datang.

3. Untuk makluman tuan, buat masa ini RELA telah di arahkan agar menghentikan dengan serta merta semua aktiviti membasmi musuh tanaman seperti menembak kera, monyet , lotong dan binatang-binatang lain sebagai memenuhi desakan pihak-pihak pencinta Alam. Bagaimanapun, RELA sedia memberi pertimbangan untuk memusnahkan binatang perosak lain seperti tupai, babi hutan, tikus , kelawar, gagak serta hidupan lain yang merosakkan hasil pertanian.

4. Tuan boleh merujuk perkara ini kepada Jabatan Perhilitan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

5. Pihak kerajaan mengambil maklum dan perhatian di atas setiap teguran dan maklumat dari orang ramai. Kerajaan juga merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama orang ramai bagi menggerakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini.

Di atas pertimbangan dan perhatian tuan amatlah dihargai dan. di ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERINTEGRITI, BERDISIPLIN DAN BERHEMAH”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,

( RAZALI BIN HAJI MOHAMED YASSIN )
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

s.k. Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah RELA

Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri.
( u.p. Unit Perhubungan Awam )