SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami :JPN.PT:163/2/3/1 Klt.21 ( 57 )
Tarikh : 23 Mac 2011
Ketua Pengarang
Kosmo,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTARIKH 22 MAC 2011, KHAMIS, M.S: 20 – SMS
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan saranan yang dibangkitkan oleh WPT berkenaan “Kerajaan perlu kaji pemberian MyKad biru kepada rakyat berstatus penduduk tetap demi masa depan anak-anak kami”.
4. Untuk makluman, bagi sebarang permohonan yang ingin dikemukakan kepada JPN perlulah mempunyai bukti berdokumen bagi membolehkan permohonan diterima dan diproses. Pihak JPN hanya menerima dan memproses permohonan kewarganegaraan daripada mereka yang memenuhi syarat-syarat dan keperluan berdasarkan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan hanya akan memberikan penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang benar-benar layak dan ianya merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tel : 03-8880 7077/019-3588450
Faks : 03-8880 8288
pro@jpn.gov.my
s.k: 1. Y.Bhg. Dato’ KPPN
2. Y.Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y.Brs. Tuan TKPPN (O)

















24 March 2011
Surat Kepada Pengarang