SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami :JPN.PT:163/2/3/1 Klt.21 ( 58 )
Tarikh : 28 Mac 2011
Ketua Pengarang
Kosmo,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTARIKH 28 MAC 2011, ISNIN, M.S: 20 – SMS
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan saranan yang dibangkitkan oleh KK berkenaan “Kaji pemberian kad pengenalan biru kepada mamak dari India. Mamak Malaysia ditindas”.
4. Untuk makluman, bagi sebarang permohonan yang dikemukakan kepada JPN perlulah mempunyai bukti berdokumen bagi membolehkan permohonan diterima dan diproses. Pihak JPN hanya menerima dan memproses permohonan kewarganegaraan daripada mereka yang memenuhi syarat-syarat dan keperluan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan hanya akan memberikan penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tel : 03-8880 7077/019-3588450
Faks : 03-8880 8288
pro@jpn.gov.my
s.k: 1. Y.Bhg. Dato’ KPPN
2. Y.Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y.Brs. Tuan TKPPN (O)

















29 March 2011
Surat Kepada Pengarang