web analytics

Mesyuarat Agung PUSPANITA KDN 2011

19 March 2011

KDN Sana Sini

Mesyuarat Agung PUSPANITA KDN 2011 diteruskan lagi. Kali ini mesyuarat berkenaan diadakan di Dewan Gemilang pada 18 Mac 2011 jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Mesyuarat yang disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Induk KDN, Datin Sri Nabihah Hj Hassan telah dihadiri oleh semua ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat KDN seramai kira-kira 300 orang.

Tidak ketinggalan Dato’ Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri turut hadir memberikan amanat beliau sebagai Penasihat PUSPANITA Cawangan KDN.

Antara agenda pada mensyuarat kali ini adalah Pembubaran Ahli-Ahli Jawatankuasa Puspanita 2010-2011 dan lantikan baru untuk 2011-2012.

Mesyuarat ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Dato’ Sri Mahmood bin Adam kepada AJK sesi 2010-2011.

–team berita ikdn