Isu pekerja asing di negara ini sentiasa mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat samada di Malaysia ataupun di negara luar. Sehubungan dengan itu, inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk membuat strategi dan perancangan melalui Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Makmal Pengurusan WArga Asing (MPWA).

Antara perkara yang dibincangkan ialah strategi untuk meningkatkan kefahaman semua pegawai berkenaan inisiatif yang dilaksanakan, memberi garis panduan jelas dan merangka pelan pelaksanaan yang terperinci dan memantapkan peranan Sekretariat MPWA yang mewakili 12 kementerian dan 6 agensi di mana output yang dihasilkan adalah Pelan Tidakan Pelaksanaan Terperinic bagi Tahun 2011.



Mesyuarat yang diadakan di Langkawi ini dipengerusikan oleh En. Wahab bin Mohd Yasin. Ia turut disertai oleh wakil-wakil agensi yang terlibat seperti Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain kementerian dan jabatan.


















8 March 2011
KDN Sana Sini