Sepang,11.03.2011 – Kerajaan Malaysia sekali lagi mencipta sejarah yang tersendiri kerana telah melaksanakan kerjasama dalam bidang imigresen dengan kerajaan Netherlands. Program yang diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri ini adalah kali pertama dibuat di luar Malaysia bagi tahap kedua.
Melalui Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Jabatan Imigresen Malaysia telah memilih 10 orang Pegawai dari seluruh Jabatan Imigresen di Malaysia bagi mengikuti sesi latihan mengenai Document Examiners and Security Printing yang dianjurkan oleh kerajaan Netherlands pada 12 hingga 25 Mac 2011 di Eindhoven, Netherlands. Hasil temubual dengan salah seorang peserta daripada Jabatan Imigresen Sibu, Sarawak, Cik Billawati Annuar yang bertugas di unit penguatkuasa, beliau berharap program kerjasama yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Netherlands ini dapat memberikan kesan dan penambahbaikan yang lebih teliti serta dapat membuat pemeriksaan yang lebih sistematik. Beliau turut berazam untuk menyampaikan dan memberikan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kursus latihan ini kepada rakan-rakan di Jabatan Imigresen nanti.
“Saya berasa amat gembira dan bangga sekali apabila dipilih ke program ini. Saya berjanji akan mencurahkan segala ilmu yang dipelajarinya di kursus latihan ini dan seterusnya dapat berkongsi bersama dengan rakan-rakan sejawat sekembalinya ke Malaysia nanti” kata Abdul Karim bin Abdul Khalid salah seorang dari peserta lelaki yang bertugas di Unit Siasatan dan Rujukan Buruh Asing, Jabatan Imigresen Putrajaya.
Sebagai tanda penghargaan kepada setiap peserta yang bersedia mengikuti kursus latihan ini, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Bin Haji Ahmad dan wakil dari Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Puan Azra Firzadh Binti Asangany serta Encik Mohamad Firdaus Bin Ismail turut mengiringi mereka untuk berlepas ke Netherlands melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA).
–team berita ikdn


















18 March 2011
KDN Sana Sini