Cekap! Itulah yang ditonjolkan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) Polis DiRaja Malaysia dalam Program Latihamal Serbuan Kapal Terbang (X-Rampas KK) yang telah diadakan bertempat di Gaya Lounge Terminal 1 Kota Kinabalu International Airport, Sabah pada 18 Mac 2011 lalu pada jam 11.30 malam.

Program yang dirasmikan oleh Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri ini bertujuan menunjukkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa bersiap sedia, siap siaga dalam menghadapai krisis rampasan kapal terbang ataupun `Aircraft Hijacking’.

Bagaimanapun, kali ini Ex Rampas KK adalah untuk menguji kemampuan aturgarak atau ‘mobility’ Unit Tindakan Khas di mana sahaja dalam Malaysia sekiranya berlaku sesuatu krisis, dengan bantuan elemen-elemen seperti Unit Udara Polis, Tentera Udara Diraja Malaysia serta lain-lain jabatan dan cawangan dalam PDRM.

“Setiap pasukan mempunyai kemahiran dan harus sedar jenayah merentasi sempadan. Kemahiran latihan yang dipraktikkan itu amatlah berharga bagi setiap anggota,dari segi menggunakan peralatan ketika menghadapi situasi tersebut”, kata Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein kepada pemberita.

Turut sama hadir, Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada PDRM menerusi keyakinan dan pengetahuan serta persediaan dari segi tahap keselamatan dalam menghadapi situasi seperti ini.
–team berita ikdn.


















22 March 2011
KDN Sana Sini