Suasana kekitaaan dan keharmonian penduduk kampung telah dapat dilihat di program Gelombang Kesukarelawan di Kota Samarahan anjuran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sambutan yang menggalakkan ini menunjukkan semangat untuk memberikan khidmat sukarela yang memang menjadi tradisi penduduk kampung masih kukuh terpahat di sanubari mereka.Pelbagai acara telah dianjurkan seperti pertandingan futsal, karaoke, jualan hasil penduduk setempat dan sebagainya.Program ini diadakan untuk membangkitkan semangat kesukarelawan di kalangan penduduk, tidak mengira bangsa dan umur.

Timbalan Ketua Setiausaha (Nasional) Y.Bhg Dato Raja Azhar yang turut turun padang telah beramah mesra dengan penududuk kampung.Beliau juga mengambil kesempatan untuk melawat cawangan Jabatan Pendaftaran Negera cawangan dan kawasan sekitar Kota Samarahan.






















18 April 2011
KDN Sana Sini