“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih di atas kesudian Jabatan Penjara Malaysia, khusunya Kompleks Penjara Puncak Borneo untuki menerima kunjungan kawatan saya pada hari ini ini”, demikian antara ungkapan Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri sewaktu hadir di Penjara Puncak Borneo pada 11 April 2011 lalu.
Tujuan lawatan itu diadakan untuk memberi peluang antara KDN dan warga Penjara Puncak Borneo beramah mesra dan memahami skop kerja yang dijalankan oleh penjara itu. Majlis itu juga turut dihadiri bekas-bekas pegawai penjara yang telah memberikan khidmat dengan cemerlang semasa di dalam perkhidmatan.
“Kehadiran tuan-puan amatlah dihargai dan menjadi tanda sokongan padu tuan-puansemuaterhadap semua program yangdianjurkan oleh jabatan. Saya percaya pengalaman, komitmen, disiplin dan nilai-nilai positif tuan-puan akan menjadi teladan kepda mereka yangberkhidmat di jabatan ini, kata Dato’ Lee Chee Leong lagi.
Bagaimanapun, KDN sentiasa menyokong setiap usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam memastikan perkhidmatan yang diberi kepada rakyat sentiasa di tahapyang cemerlang.
Turut hadir Timbalan Komisioner Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Tuan Adnan Atan, Penjara Puncak Borneo.
–team berita ikdn


















15 April 2011
KDN Sana Sini