web analytics

Lawatan Ketua Setiausaha ke Bintulu, Sarawak

19 April 2011

KDN Sana Sini


Hari Bersama Pelanggan KDN telah dianjurkan di perkarangan Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Bintulu,Sarawak.Ia disertai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan  Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPAM) dan Jabatan Penjara Malaysia (Penjara) dan Lembaga Parol.

Y.Bhg Dato’ Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha yang mengadakan lawatan kerja ke Bintulu turut mengambil kesempatan melawat pameran selain beramah mesra dengan kakitangan KDN dan juga pelawat yang hadir. Turut serta didalam lawatan kerja tersebut ialah Dato’ Robert Lian,Pengarah Imigresen Sarawak dan juga Datin Sri Nabihah Haji Hassan, isteri kepada KSU . Ketua Setiausaha  juga telah diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini jabatan-jabatan disamping membincangkan isu-isu terkini oleh Team Anak Sarawak.