
Demonstrasi menyelamat oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menjadi ‘persembahan pembukaan” untuk lawatan Y.Bhg Dato’ Mahmood Adam,Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ke daerah Sibu, Sarawak.Persembahan yang turut diiringi dengan muzik rancak ini disertai oleh ahli-ahli JPAM cawangan Sibu turut menarik perhatian warga KDN yang bertugas di Wisma Persekutuan Sibu.

Pada lawatan itu juga, taklimat telah diadakan di Pusat Latihan Penjara Sibu diikuti dengan dialog diantara Ketua Setiausaha dengan warga KDN Sibu di Wisma Perseketuan. Antara perkara yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan keperluan logisitik JPAM. Isu ini telah mendapat perhatian dan keputusan telah dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Rombongan juga turut diraikan di majlis makan malam bersama-sama warga KDN cawangan Sibu.




















19 April 2011
KDN Sana Sini