web analytics

Lawatan SUHAKAM ke Rumah Perlindungan Keempat ; 7 April 2011

12 April 2011

KDN Sana Sini

Tanjung Kling,Melaka : Majlis dihadiri oleh Dato’ Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Dato’ Mohd Asri bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Depoh, dan turut dihadiri oleh rombongan Pengerusi SUHAKAM iaitu Y. Bhg. Tan Sri Hasmy Agam. Lawatan ini menunjukkan wujudnya kerjasama strategik antara Kerajaan dengan pihak SUHAKAM khususnya berkaitan dengan mangsa-mangsa pemerdagangan orang.

Terdapat 6 buah Rumah Perlindungan iaitu 3 bagi mangsa lelaki, 2 bagi mangsa wanita dan 1 bagi kanak-kanak.Mesyuarat MAPO Bil 3/2011 pada 22 Mac 2011 yang dipengerusikan bersama YB Menteri KDN dan YB Menteri KPWKM, menyerahkan rumah perlindungan kepada YB Menteri KPWKM. Rumah Perlindungan ini ke-4 ini mula beroperasi pada 15 Ogos 2010.

Seramai 75 mangsa dipindahkan dari Rumah Perlindungan KLIA. Sehingga 7 April 2011, seramai 127 mangsa lelaki telah dilindungi dan kini terdapat 35 mangsa warganegara Bangladesh. Secara asasnya, pengisian aktiviti Rumah Perlindungan merangkumi aktiviti riadah, aktiviti gotong royong dan juga pertanian.

Pihak International Organization for Migration (IOM) telah menjalankan shelter assessment pada akhir tahun lepas dan telah dibentangkan di mana turut mencadangkan Akta sedia ada berkaitan pemerdagangan orang ini lebih menumpukan kepada aspek perlindungan mangsa (protection and prevention).

Rumah Perlindungan ini telah menjalinkan kerjasama dengan pihak NGO antaranya pihak Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA) dalam menganjurkan kursus asas kaunseling bagi pegawai yang bertugas di Rumah ini. Kursus pegawai pelindung turut diadakan sebagai pendedahan asas kepada pegawai-pegawai. Penubuhan ini merupakan perancangan yang singkat dan penambahbaikan sedang dijalankan dari masa ke semasa. Diharapkan lawatan dari SUHAKAM ini adalah langkah awal mewujudkan kerjasama yang lebih baik bagi memastikan kebajikan mangsa adalah sentiasa dipantau dan diperbaiki dari masa ke semasa.

–team berita ikdn