web analytics

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Di Antara Dato’ Md. Nor Bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dengan Encik Wahab Bin Mohd Yassin.

18 April 2011

KDN Sana Sini

Bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas di antara Dato’ Md. Nor Bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dengan Encik Wahab Bin Mohd Yasin dan telah disaksikan oleh Dato’ Sri Mahmood Bin Adam, Ketua Setiausaha KDN.

“Tahniah dan selamat bertugas”. Begitulah kata-kata Dato’ Md. Nor Bin Hashim kepada pengganti beliau, Encik Wahab Bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha KDN yang baru.

Menurut beliau, kerja di Bahagian Pengurusan merupakan kerja rutin yang tidak pernah selesai dan memerlukan pemantauan secara berterusan serta sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan.

“Saya telah membuat semakan senarai tugas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan mendapati masih ada 100 lagi kerja yang belum selesai”. Jelas beliau.

Tambah beliau, melihat kepada kreadibiliti dan pengalaman Encik Wahab Bin Mohd Yasin yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, beliau yakin bahawa Timbalan Ketua Setiausaha yang baru itu, mampu untuk menyambung dan menyempurnakan tugas tersebut.

Majlis yang diadakan sempena persaraan Dato’ Md. Nor Bin Hashim ini, diakhiri dengan acara Clock out.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Wira Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KDN dan Pegawai-Pegawai Kanan KDN.