web analytics

Majlis Warga bersama KSU

19 April 2011

KDN Sana Sini

Bertempat di Dewan Gemilang satu perjumpaan antara warga KDN bersama Dato’ Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 18 April 2011 lalu. Majlis ini diadakan sebagai salah satu platform untuk pihak Pengurusan Atasan Kementerian menyampaikan berkenaan dasar atau perkara baru berkenaan Kementerian kepada warga.

Dalam pada itu, Dato Sri KSU sempat mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia atas penganugerahan Perkhidmatan Imigresen Terbaik di Lapangan Terbang yang telah dianugerahkan oleh Skytrax kepada Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bersempena Skytrax World Airport Award 2011 yang diadakan di Copanhagen, Denmark. Penganugerahan ini merupakan kali kedua dianugerahkan kepada JIM setelah memenangi anugerah yang sama pada tahun lepas.

“Semoga penganugerahan bertaraf antarabangsa ini menjadi motivasi dan contoh baik kepada semua warga Kementerian untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan slogan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, ujar Dato’ Sri KSU.

Selain itu, Dato Sri KSU juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia atas usaha mereka dalam melaksanakan Program Pementoran KDN bagi tahun 2011.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada mentee yang telah dipilih. Ini merupakan satu peluang yang baik untuk pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan seharian. Diharapkan mentee memperoleh manfaat yang sepatutnya daripada program ini”, tambah Dato Sri KSU lagi.

Program yang disertai seramai 30 mentor dan 58 mentee daripada semua bahagian di KDN dilihat berupaya memindahkan kepakaran dan kompetensi antara mentor serta mentee. Kemahiran yang dimiliki oleh mentor akan dipindahkan kepada mentee melalui perkongsian pengalaman. Program ini juga dilihat mampu menjadi satu wadah kepada proses pembangunan diri dan organisasi itu sendiri.

–team berita ikdn