SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami: JPN.PT:163/2/3/1 Klt.21 ( )
Tarikh : 1 Apr 2011
Ketua Pengarang
Berita Harian,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR BERITA HARIAN BERTARIKH 31 MAC 2011, KHAMIS – M.S: 41 – RAKAN BH-NASIONAL
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh [AYANI70:BHA29093] berkenaan “Jabatan Pendaftaran jangan sesuka hati beri kad pengenalan kepada orang yang tidak diketahui statusnya terutama di Sabah yang ramai golongan pendatang”.
3. Untuk makluman sebarang permohonan yang ingin dikemukakan kepada JPN perlulah mempunyai bukti berdokumen bagi membolehkan permohonan diterima dan diproses. Ingin ditegaskan bahawa Kad Pengenalan dikeluarkan kepada warga Malaysia berdasarkan dokumen seperti Sijil Kelahiran, Sijil Pengesahan Taraf Warganegara dan Borang W. Manakala bagi warga asing tanpa mengira bangsa atau agama yang telah mendapat status warganegara Malaysia dan telah dikeluarkan Sijil Warganegara juga akan dikeluarkan dengan MyKad.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Tel : 03-8880 7077/019-3588450
Faks : 03-8880 8288
pro@jpn.gov.my
s.k: 1. Y.Bhg. Dato’ KPPN
2. Y.Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y.Brs. Tuan TKPPN (O)

















4 April 2011
Surat Kepada Pengarang