web analytics

MOU Kerjasama Imigresen Antara Malaysia dan United Kingdom

12 April 2011

KDN Sana Sini

Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama imigresen antara Malaysia dan UK yang dimeterai pada 7 April 2011 meliputi antara lain pengurusan migrasi termasuk maklumat pengganas, jenayah colar putih, dokumen penjalanan dan penyaluran wang haram ke luar negara.


Malaysia merupakan negara ketiga yang rakyatnya tinggal melebihi tempoh masa yang dibenarkan di Britain. Rekod Imigresen negara berkenaan mencatatkan jumlah terkini rakyat negara ini yang tidak keluar dari Britain walaupun telah tamat tempohnya ialah kira-kira 20,000 orang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata ‘’Perkembangan itu akan memberikan imej buruk kepada Malaysia kerana ia boleh menjejaskan hubungan kerjasama dua hala dengan Britain. Katanya lagi “Kita ambil serius perkembangan ini tetapi Akta Data Perlindungan di Britain tidak membenarkan kita mendapatkan maklumat tentang rakyat yang tinggal melebihi tempoh’’.

Tambah beliau lagi “Tetapi, kita boleh ambil tindakan dengan tidak memperbaharui pasport mereka yang didapati membawa imej buruk kepada negara”.

Beliau menjelas ‘’Rakyat Malaysia yang hendak melancong ke Britain pada tahun ini tidak perlu menggunakan visa. “Kita masih mengekalkan sistem lama iaitu tidak perlu visa untuk ke sana, tetapi kerajaan Britain akan tetap mengkaji perkara ini setiap tahun,”

Pada mesyuarat itu, delegasi Britain diketuai oleh Pengarah Bahagian Antarabangsanya, Barbara Woodword. Dalam pada itu, pihaknya berharap dapat meneruskan jalinan kerja lebih rapat lagi dengan Malaysia serta pertukaran pengalaman dalam bidang imigresen.


Sementara itu, beliau menyatakan pelaksanaan penggunaan Sistem Pangkalan Data Biometrik akan dikuatkuasakan pertengahan tahun ini bagi mengesan warga asing yang tinggal melebihi tempoh di Malaysia.


”Sistem ini akan dipasang di semua pintu masuk dalam negara bermula Jun ini, sebelum ini kita sukar hendak buat pengesanan jika pasport itu dibuang atau hilang tetapi menggunakan kaedah biometrik kita boleh menjejaki mereka semula”. katanya.

–teamberitaikdn