
Seminar Pengurusan Keselamatan Kepada Pengarah dan Pengurus Syarikat Kawalan Keselamatan telah diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak pada 10 April 2011. Seminar ini adalah anjuran bersama Kementerian Dalam Negeri dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia yang telah dihadiri oleh pengarah dan pengurus syarikat di Sarawak iaitu seramai 150 orang peserta dan 58 syarikat kawalan keselamatan. Objektif seminar ini adalah menjelaskan dasar dan peraturan baru Kementerian serta PPKKM, membincangkan isu dan masalah yang menghalangi kemajuan dan profesionalisme industri kawalan keselamatan dan meningkatkan jalinan kerjasama di antara Kementerian, PPKKM dengan pengarah/pengurus syarikat kawalan keselamatan khususnya di Sarawak. Dalam pada masa yang sama, KDN bersama-sama PPKKM telah menganjurkan kursus kemahiran pengawal keselamatan tahap 1 yang melibatkan seramai 116 pengawal keselamatan di Sarawak.
Majlis Perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada peserta seminar telah disempurnakan Oleh Y.Bhg. Dato Abd. Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri.




















25 April 2011
KDN Sana Sini