web analytics

Sistem Pemantauan Bandar Selamat

7 April 2011

KDN Sana Sini

Majlis Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) melibatkan kerjasama di antara Kementerian Dalam Negeri oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Dato’ Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berlansung di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, 5 April 2011.

Sistem ini melibatkan kerjasama di antara Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Sistem ini mengintegrasikan data jenayah dari Sistem Laporan Polis (PRS) dengan program bandar selamat dan maklumat guna tanah dengan menggunakan pelantar Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang beroperasi di 42 balai polis dan 12 PBT. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri menyatakan inilah transformasi yang dituntut mengikut kehendak dan citarasa masayarakat kini dalam ucapannya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut melaksnakan langkah-langkah bandar selamat dengan meningkatkan pencahayaan, pemasangan rel penghadang pada laluan pejalan kaki, pemasangan cermin dan penggera keselamatan, CCTV dan penyediaan Pemetaan Jenayah Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Majlis di akhiri dengan menandatangani plak oleh kedua-dua kementerian sebagai simbol kerjasama dan penyerahan Manual Pengguna Sistem Pemantauan Bandar Selamat kepada PDRM dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan. Turut hadir, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara, Dato’ Ahmad B. Haji Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Dato’ Mohd. Fadzil B. Haji mohd Khir, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

::: untuk lebih gambar layari https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri

— team berita ikdn