web analytics

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN DIALOG ISU-ISU KESELAMATAN

4 April 2011

KDN Sana Sini

Satu taklimat keselamatan telah disampaikan pada 30 Mac 2011 yang lalu kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertempat di Auditorium Utama UPSI di Tanjong Malim, Perak.

Majlis dirasmikan oleh Dato` Abdul Rahim bin Md. Razi Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri. Antara ahli profensional yang turut hadir adalah Prof. Dr Zakaria bin Kasa, Naib Canselor UPSI.

Majlis taklimat keselamatan ini dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama adalah Isu-Isu Keselamatan Negara dan Terrorism yang disampaikan oleh YDH Dato` Ayob Khan bin Mydin Pitchay daripada Pasukan Petugas Khas PDRM manakala Slot kedua (Forum Keselamatan) bertajuk Isu-Isu Keselamatan Negara.

Pelbagai soalan yang diajukan oleh bakal pendidik di UPSI. Antaranya langkah-langkah KDN dalam menjaga keamanan negara, isu ISA serta isu Memali. Pihak UPSI berharap program seumpama ini harus terapkan kepada semua warga Malaysia supaya lebih ketahui apakah langkah kerajaan dalam menghaungi jenayah siber yang tanpa sempadan.

Antara ahli panel yang dihadiri YDH SAC Dato` Dr Haji Ab. Rahman bin Haji Ismail dari Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia, En Ab. Aziz bin Md. Nor Setiausaha Bahagian NKRA, Puan Habsah bt Md. Sidek Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan Bekas Tahanan ISA Encik Fais Abu Bakar Bafana serta Moderator Dr Muhaimin bin Sulam.

–team berita ikdn