web analytics

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI: Proses Siasatan Perlu Menyeluruh

Saya telah memantau perkembangan berikutan laporan yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini. Setakat ini Sembilan laporan polis telah diterima iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Alor Setar Kedah dan satu laporan diterima di Kuantan, Ipoh dan Sepang Selangor. Lanjutan daripada itu, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak dan saya telah mengarahkan agar pihak polis segera menjalankan siasatan terperinci dan memanggil mereka yang terlibat. Saya telah mendapat makluman daripada semasa ke semasa dan ketika ini pihak polis masih melengkapkan siasatan. Tumpuan ketika ini adalah untuk menyiasat apakah benar wujud perkara seperti yang dilaporkan dan juga mengenai keputusan pihak akhbar berkenaan yang memainkan isu sensitif seperti ini.

Perkara yang dilaporkan ini amat sensitif dan semua pihak mesti memahami bahawa ia tidak wajar dibangkitkan oleh mana-mana pihak kerana perkara seumpama ini boleh membawa kepada kacau bilau dan kegusaran di kalangan rakyat. Pada peringkat ini kita masihbelum boleh membuat sebarang rumusan atau menuduh mana-mana pihak berdasarkan laporan yang telah diterbitkan oleh pihak akhabr. Pedana Menteri sendiri dalam maklum balas kepada pihak media semalam telah meminta semua pihak bertenang dan tidak mengeksplit dakwaan tersebut kerana ia tidak akan member apa-apa faedah kepada sesiapa pun.

Perkara ini juga menuntut kesedaran agar pengamal media turut mengambil pendekatan yang lebih sensitif dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam negara majmuk seperti Malaysia. Adalah mustahak untuk semua pengamal media memahami betapa penting agar nilai dan sensitivity berkaitan isu-isu agama, kaum dan sebagainya diberi pertimbangan utama ketika membuat sebarang laporan. Setiap daripad pengamal media perlu member penekanan terhadap perkara itu dan perlu sama-sama menjaga keharmonian serta tidak memainkan isu sensitif.

Sehubungan itu, saya mahu pihak polis meneruskan siasatan dengan mengambil kira segala aspek dan kemungkinan ternasuk perbezaan maklumat yang direkodkan dikalangan mereka yang terlibat berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan. Tidak ada sesiapapun yang wajar dan berhak membuat apa-apa kesimpulan pada ketika ini kerana siasatan masih diteruskan. Saya mahu pihak polis mendapatkan maklumat sebenar dan sahih tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dan ia perlu dilakukan dengan telus dan tegas.

Kita di Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti. Semua pihak perlu bertenang dan tidak perlu merasa risau dengan apa yang dilaporkan. Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap daripada rakyat di negara ini bebas melakukan apa sahaja seperti termaktub di bawah Perlembagaan dan keselamatan mereka juga terjamin.

Tamat.

, ,