web analytics

Perasmian Kompleks Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan

30 May 2011

KDN Sana Sini

Fasa kedua Program Pusat Pemulihan Pemasyarakatan untuk penghuni penjara akan diperluas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ).Itulah antara intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Kompleks Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem  Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan.

Pusat Pemulihan ini  bertujuan untuk memberi peluang kepada  “orang dalam seliaan” ( ODS ) yang akan bebas supaya dapat menafaatkan apa yang dipelajari dipenjara agar dapat digunakan setelah dibebaskan kelak.Program Pemulihan Pemasyarakatan ini juga melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri  Asas Tani yang membekalkan perbagai jenis benih tanamam dan anak ikan untuk diusahakan oleh orang dalam seliaan  ( ODS ).

Hadir pada perasmian tersebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Huseein,  Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, ,Menteri Pertahanan Datuk Seri  Zahid Hamidi,Menteri Pertanian Dan Asas Tani Datuk Noh Omar,Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor  dan pegawai-pegawai tertinggi daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

, , , ,