web analytics

Kunjungan Hormat TYT S.M Krishna, Menteri Luar India

4 May 2011

KDN Sana Sini

Kementerian Dalam Negeri sekali lagi telah mengeratkan lagi hubungan kerjasama dengan Negara-negara luar melalui isu yang berhubungkait dengan keselamatan Negara. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menerima kunjungan hormat dari TYT S.M Krishna, iaitu Menteri Luar India.

“Hubungan dua hala antara kedua-dua Negara ini telah bersetuju dalam menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani isu-isu keselamatan yang bukan saja terhadap isu terroristma dan keganasan, tp juga yg melibatkan isu-isu imigresen, pemerdagangan orang dan juga isu-isu yang telah merentasi sempadan termasuk penyeludupan senjata serta pengubahan wang haram,”.

Menurut beliau ,“dunia sekarang yg dilihat tanpa sempadan yang merupakan perkampungan sejagat ini telah membawa bersama ancaman-ancaman yang tidak boleh ditangani oleh sebuah Negara secara berasingan,”. Tambah beliau lagi, “hubungan kerjasama dengan negara India berbeza dengan hubungan kerjasama antara Malaysia dan Australia sebelum ini, kerana hubungan kerjasama dengan Negara India ini lebih kepada menambah baik lagi beberapa perkara bagi menangani isu-isu yang terlibat seperti isu imigrasi, kastam, jenayah antarabangsa di dalam satu komuniti,”.

Dengan hubungan kerjasama dalam isu keselamatan yang telah diwujudkan diantara Negara-negara luar seperti Australia, Arab Saudi dan India, beliau berpuas hati kerana akhirnya semua dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan kerana setiap Negara telah bekerjasama secara lebih mendalam dan telus dalam menangani isu-isu keselamatan pada masa ini.

–team berita ikdn

, , , , ,